Wednesday, January 21, 2009

Senarai Tugas Juruteknik Komputer FT17 PPU

1. Memastikan semua komputer dan peralatan audio visual berfungsi dengan baik.
2. Membantu meyelaras pemasangan 'software' dan 'hardware' komputer dan peralatan audio visual.
3. Membantu staf akademik dan staf sokongan dalam mengendalikan hal-hal berkenaan komputer dan audio visual.
4. Memberi latihan dan tunjuk ajar berkaitan komputer dan audio visual kepada staf PPU.
5. Mencatat dan mengemaskini rekod pinjaman peralatan bantuan mengajar seperti 'LCD mobil dan komputer riba (laptop)'.
6. Menguruskan penyelenggaraan peralatan komputer di Makmal Komputer PPU.
7. Menyediakan inventori dan merekodkan aset bagi peralatan komputer dan audio visual untuk makmal komputer, staf akademik dan sokongan.
8. Membaikpulih perkakasan komputer dan peralatan audio visual sekirany berlaku kerosakan.
9. Memastikan keselamatan, kebersihan makmal serta bengkel baikpulih komputer dalam keadaan baik dan selamat.
10. Merangka pembelian alat ganti komputer sekiranya diperlukan dan konsultansi terhadap pembelian perkakasan komputer dan audio visual.
11. Menjalaskan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah atau Ketua Penolong Pendaftar dari masa ke semasa.

Tuesday, January 13, 2009

Garis Panduan Pinjaman Peralatan Komputer

GARIS PANDUAN PINJAMAN PERALATAN KOMPUTER

A. CARA PEMINJAMAN
1. Berjumpa/telefon kakitangan bertugas iaitu: Mohd Faizal Mohamad (6897/013-3430920) atau Siti Robiahtul Adawiah Abdul Rahman (6870/017-2442099).

2. Tulis permohonan dalam buku rekod peminjaman/pemulangan peralatan komputer di kaunter PPU atau minta bantuan kakitangan bertugas tuliskan sekiranya melalui telefon.

3. Petugas menyemak jadual waktu kuliah peminjam berkenaan.

4. Peminjam ambil peralatan komputer di Bilik Juruteknik Komputer.

B. CARA PEMULANGAN
1. Serahkan peralatan yang telah dipinjam kepada Siti Robiahtul Adawiah/petugas kaunter atau berjumpa Mohd Faisal Mohamad/Siti Robiahtul Adawiah sekiranya peralatan tersebut telah diserahkan kepada peminjam lain.

2. Daftarkan tarikh pemulangan sebenar dalam buku rekod peminjaman/pemulangan peralatan komputer di kaunter PPU.


C. SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN
1. Tempoh pinjaman ialah selama 1 hari bekerja melainkan pinjaman yang dibuat pada hari Jumaat atau cuti umum.

2. Peminjam bertanggungjawab ke atas kehilangan/kerosakan peralatan yang dipinjam.

a. Komputer riba
b. LCD
c. Tetikus
d. Wayar LCD
e. Kawalan jauh
f. Power supply

3. Peminjam tidak boleh menyerahkan peralatan yang dipinjam kepada kakitangan lain tanpa memberitahu Mohd Faisal Mohamad atau Siti Robiahtul Adawiah.

4. Sila maklumkan kepada Mohd Faisal Mohamad atau Siti Robiahtul Adawiah sekiranya peralatan berkenaan telah rosak semasa dalam tempoh pinjaman.

5. Surat peringatan akan dikeluarkan kepada peminjam yang tidak memulangkan peralatan menurut tempoh yang ditetapkan.

6. Peminjam yang telah diberi 3 kali peringatan tidak akan dibenarkan membuat pinjaman lagi.

7. Denda sebanyak RM5.00 dikenakan kepada peminjam yang lewat memulangkan peralatan.

Friday, January 9, 2009

AJK Teknologi Maklumat

Senarai AJK TM untuk 2009 ialah:

1. En. Ahmad Zamri Mansor (Pengerusi)
2. Nasruddin Yunos
3. Taufik Rashid
4. Cik Maharam Mamat
5. En. Mohd Taha
6. En. Zulkifli Mohamad
7. En. Nor Afian Yusof
8. Pn. Hanifah Kaim
9. Pn. Rohani Nordin (Setiausaha)

Rujuk surat perlantijkan bertarikh 31 Disember 2008 (UKM 1.19/174/2)

Perbincangan Dengan Pegawai Teknologi Maklumat 1/2009

Perbicangan diadakan di PPU jam 4 petang (Khamis, 8 Januari) bersama dengan Pn Hafidzah Suzana Hussein (Ext 6108 FKAB, suzana@ukm.my), Pagawai Teknologi Maklumat Zon 3 dan Encik Zulkefli mukhtar. Bersetuju untuk perkara-perkara berikut:

(1) SPIN- mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh staf akademik dalam SPIN. Latihan boleh diadakan untuk memberi kemahiran kepada staf akademik dalam penggunaan SPIN.
(2) Laman web PPU- menggantikan laman web yang sedia ada. Laman yang lama dikemaskini sehinggalah yang baru siap.aman yang baru akan mengikut specs yang ditentukan oleh UKM dan menggunakan teknik persembahan yang lebih canggih. Untuk kemaskini perisian Dreamweaver diperlukan. Laman yang lama menggunakan Frontpage.

Alamat pegawai-pegawai TM Zone 3
Unit Sokongan IT Zon 3 PTM
Aras 1, Bilik Komputer Mini,
Fakulti Kejuruteraan Alam Bina

Aduan 1/2009 Etika E-mail

Seorang staf akademik membuat aduan bahawa beliau menerima e-mail yang tidak berkaitan dari staf yang lain. Ini menyebabkan beliau terpaksa delete. Secara etikanya tindakan hantar e-mail yang tak berkaitan adalah tidak wajar. Tindakan- gariskan etika e-mail untuk panduan. Untuk permulaan, rujuk blog ini.

Kertas 1/2009 Aktiviti 2009

Kertas 1/2009 JKTM
Perancangan Aktiviti Untuk Tahun 2009

Tujuan
Untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Perancangan Aktiviti JK PPU pada 8 Januari 2009

Aktiviti Jawatankuasa Teknologi Maklumat
1. Menyediakan khidmat perundingan untuk E-learning (SPIN)
2. Menyelenggara Laman web PPU
3. Menyelenggara Berita PPU http://berita-ppu.blogspot.com/ (sila rujuk snapshot di halaman sebelah)
4. Menyelenggara Forum PPU http://webmasterppu.proboards.com/ (sila rujuk snapshot di halaman sebelah)
5. Menyelenggara survey online di kalangan staf PPU.
6. Menyediakan khidmat perundingan ICT untuk pengerusi-pengerusi JK dan Ketua-ketua bidang khususnya dan para pengajar amnya. Hari Khamis ialah “Hari Bertemu Webmaster”. Untuk hari lain sila buat temujanji.
Nota:
1. Mulai April 2008, perancangan untuk peralatan ICT diambil alih oleh Bahagian Sokongan ICT dengan staff yang akan ditempatkan di Fakultii Pusat. Sila rujuk Blog webmaster http://webmaster-ppu.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut. Peranan Penyelaras ICT/Webmaster lebih ditumpukan kepada e-learning.
2. Aktiviti-aktiviti JKTM boleh didapati dari Webmaster’s Blog http://webmaster-ppu.blogspot.com/

Disediakan oleh

A ZAMRI MANSOR
Pengerusi
JK Teknologi Maklumat 2009

Thursday, January 8, 2009

Perbincangan Meja Bulat ICT: Informatik Isian

Telah menghadiri perbincangan di atas bersama Tuan Pengarah pada jam 2.30 petang di Bilik Senat. Pembentangan oleh Prof. Halimah Badioze Zaman dari FTSM. Tujuannya ialah untuk membuat penyelidikan bersifat multidisciplin berkaitan dengan Content Base Informatics.

Komen dari VC, the niche should draw people from other faculties. Discussion participants agreed to create three clusters: (1) fundamental, (2) application or applied products, and (3) services.

Prof Halimah's intro highlighted some interesting global trends:
(1) Companies that changed the world: East India Co (1600), IBM (1889), Disney (1923), Intel (1968), Microsoft, Apple (1976), eBay (1995) and Google (1998), quoting Jonathan Mantle (2008).
(2) Steve Job bought Pixar at USD 10 mil, then sold it to Walt Disney for USD 7.4 billion. Pixar's technology is used in films such as Bug's Life, Toy Soldier, Finding Nemo etc.

Tuesday, January 6, 2009

Unit Sokongan ICT

Sdra A Zamri,

Unit Sokongan ICT telah mula digerakkan dan saya sedang memerharti, memantau dan meneliti keberkesanan sistem ini sebelum cadangan kepada NC dilakukan. Yang pasti cadangan itu akan dilakukan cuma saya ingin melihat maklumbalas daripada wakil2 saya dari unit sokongan ICT ini InsyaAllah.Wassalam

Professor Ir. Dr. Othman A. Karim ANS,PPT
Director / CIO
Centre for Information TechnologyUniversiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM, Bangi,Selangor Darul Ehsan Tel : +603 8921 6193
Fax : +603 8925 4675
--------------------------------------------
Assalamualaikum, Prof.,

Saya baru mengambil alih tugas Penyelaras ICT dan Webmaster PPU dan ingin mendapat maklumat ttg perkembangan terbaru pengwujudan Bhgn Sokongan ICT di Fakulti/Pusat. Saya telah membaca minit mesyuarat berkaitan pada 1 April 2008 yg dipengerusikan Prof di mana dlm minit tersebut (ms 8) mesy mencadangkan tugas perancangan ICT diserah kepada Unit sokongan ICT dan Penyelaras ICT/WEbmasdter ditukar kepada Penyelaras e-learning/Webmaster. Cadangan ini diajukan kepada NC.

Saya amat berbesar hati sekiranya pihak prof dapat memaklumkan perkembangan terkini status cadangan tersebut i.e adakah cadangan dipersetujui oleh NC. Ini penting kerana saya perlu menjadi penyelaras teknologi maklumat yang bermaklumat (an informed IT Coordinator). Sekian.

A Zamri Mansor
s.k.
Pengarah PPU
Ketua Kualiti PPU, Cik Mashitoh (hadir sbg wakil PPU di mesy berkaitan).