GARIS PANDUAN PINJAMAN PERALATAN KOMPUTER
A. CARA PEMINJAMAN
1. Berjumpa/telefon kakitangan bertugas iaitu: Mohd Faizal Mohamad (6897/013-3430920) atau Siti Robiahtul Adawiah Abdul Rahman (6870/017-2442099).
2. Tulis permohonan dalam buku rekod peminjaman/pemulangan peralatan komputer di kaunter PPU atau minta bantuan kakitangan bertugas tuliskan sekiranya melalui telefon.
3. Petugas menyemak jadual waktu kuliah peminjam berkenaan.
4. Peminjam ambil peralatan komputer di Bilik Juruteknik Komputer.
B. CARA PEMULANGAN
1. Serahkan peralatan yang telah dipinjam kepada Siti Robiahtul Adawiah/petugas kaunter atau berjumpa Mohd Faisal Mohamad/Siti Robiahtul Adawiah sekiranya peralatan tersebut telah diserahkan kepada peminjam lain.
2. Daftarkan tarikh pemulangan sebenar dalam buku rekod peminjaman/pemulangan peralatan komputer di kaunter PPU.
C. SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN
1. Tempoh pinjaman ialah selama 1 hari bekerja melainkan pinjaman yang dibuat pada hari Jumaat atau cuti umum.
2. Peminjam bertanggungjawab ke atas kehilangan/kerosakan peralatan yang dipinjam.
a. Komputer riba
b. LCD
c. Tetikus
d. Wayar LCD
e. Kawalan jauh
f. Power supply
3. Peminjam tidak boleh menyerahkan peralatan yang dipinjam kepada kakitangan lain tanpa memberitahu Mohd Faisal Mohamad atau Siti Robiahtul Adawiah.
4. Sila maklumkan kepada Mohd Faisal Mohamad atau Siti Robiahtul Adawiah sekiranya peralatan berkenaan telah rosak semasa dalam tempoh pinjaman.
5. Surat peringatan akan dikeluarkan kepada peminjam yang tidak memulangkan peralatan menurut tempoh yang ditetapkan.
6. Peminjam yang telah diberi 3 kali peringatan tidak akan dibenarkan membuat pinjaman lagi.
7. Denda sebanyak RM5.00 dikenakan kepada peminjam yang lewat memulangkan peralatan.
No comments:
Post a Comment