Thursday, May 6, 2010

Soal Selidik Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan perubatan tradisional telah wujud sejak zaman berzaman sebelum kita mengenali perubatan moden pada hari ini. Setiap kelompok bangsa di dunia mempunyai sejarah tersendiri dalam amalan perubatan tradisional. Sehingga kini perubatan tradisional masih lagi diamalkan walaupun perubatan moden mendominasi dalam menangani masalah kesihatan semasa.

Survei ini bertujuan untuk melihat status amalan perubatan tradisional dan komplementari di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Hasil kajian akan menjadi pembuka jalan bagi tujuan penyelidikan yang lebih mendalam untuk mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap perubatan tradisional dan komplementari.

Kerjasama untuk mengisi soal selidik ini amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Klik di sini untuk membuka borang soal selidik online

No comments: