4 Mac 2009
Bilik Teratai, PTM
Pengerusi: PM Dr Zawiyah Mohd Yusof, Pengurus UNIKWeb
1. Laman Web UKM mempunyai ranking ke 1146 di dunia dan ke 5 di Malaysia mengikut kriteria tapak web universiti Webometric
2. Ahli-ahli mesyuarat tidak bersetuju denagn laporan pemantauan laman web yang menyatakan kali terakhir web dikemaskini ialah pada Disember 2008 (termasuk PPU). Ini telah dibentangkan dalam MKB. Saya telah mencadangkan supaya bantahan ahli diminitkan kerana tidak menggambarkan apa yg sebenarnya berlaku.
3. Mesyuarat dimaklumkan terdapat guideline untuk web application yang disediakan oleh MAMPU. Aplikasi web sekarang dalam dalam versi web 2.0.
4. Dalam mesyuarat ini saya telah mencadangkan diadakan template mesra pengguna untuk laman web peribadi pensyarah. Ini ialah tindakan yang boleh menaikkan ranking tapak web UKM, especially bila pensyarah memaparkan kepakaran dan abstrak paper masing-masing. Tindakan: Prof Othman Karim akan buat follow up kerana ada usaha sebelum ini tapi tiada progress. Dalam memasukkan template kriteria MQA akan dijadikan rujukan.
Penafian: ini ialah bukan minit mesyuarat rasmi, hanya catatan dari perspektif webmaster PPU.
azamri
No comments:
Post a Comment