Tuesday, February 24, 2009

Minit Mesyuarat JKTM 1/2009

I. TAKLIMAT AKTIVITI JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT (JKTM)

Mesyuarat:

i) diimaklumkan:

a) antara tugas Jawatankuasa Teknologi Maklumat (JKTM) ialah menyediakan dan mengemaskini laman web/sesawang Pusat Pengajian Umum (PPU) serta mengadakan latihan dan perundingan berkaitan SPIN;

b) JKTM juga melancarkan laman-laman web baru iaitu Berita PPU dan Forum PPU.

ii) mengambil perhatian:

a) terdapat 13 daripada 45 kursus PPU yang tiada maklumat muat turun nota kerana beberapa sebab antaranya ialah kursus-kursus tersebut tidak ditawarkan pada semester ini;

b) setiap kakitangan akademik boleh mendapatkan software seperti Deep Freeze, SPSS dan NVIVO daripada Juruteknik Komputer, PPU.

Tindakan : Ahli Jawatankuasa/En. Mohamad Faisal Mohamad

iii) mencadangkan supaya setiap kakitangan akademik menyimpan data yang diperlukan di dalam hard disk masing-masing untuk tujuan keselamatan.

iv) bersetuju meminta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa, PPU menghantar berita dan hebahan ke Berita PPU.

Tindakan : Pengerusi Jawatankuasa/Ahli Jawatankuasa


II. AGIHAN TUGAS UNTUK AHLI JAWATANKUASA

Agenda tersebut akan dibincangkan kemudian.


III. HAL-HAL LAIN

1. Cadangan Perolehan Software dan Hardware 2009

Mesyuarat:

i) dimaklumkan senarai software bahan-bahan pengajaran Bahasa Inggeris yang dipesan oleh Timbalan Pengarah (Kemahiran Bahasa) seperti Longman, i port dan transcriber dalam perhatian dan tindakan Puan Rohani Nordin dan Puan Raudzah Hj. Abdul Hamid.

ii) mengambil perhatian Pengarah dan Timbalan Pengarah (Kemahiran Bahasa) pada dasarnya bersetuju dengan cadangan pembeliaan 4 buah scanner sebagai tambahan kepada scanner yang sedia ada dan juga permohonan printer Pengarah dan Timbalan Pengarah.

iii) bersetuju supaya JKTM memohon ke PPU untuk pembeliaan software dan lesen Deep Freeze untuk digunakan di Makmal Komputer, PPU kerana sebab-sebab berikut:

a) software tersebut telah digunapakai oleh Makmal Komputer, Perpustaan Tun Seri Lanang, UKM;

b) software ini memudahkan Juruteknik Komputer memantau virus dan mempunyai ciri-ciri keselamatan;

c) software ini menjimatkan masa penyelenggaraan untuk komputer-komputer di makmal.

Tindakan: Pengerusi JKTM/En. Mohamad Faisal Mohamad






2. Aduan dan Masalah Berkaitan ICT

Mesyuarat:

i) dimaklumkan mengenai masalah yang ditimbulkan oleh tenaga pengajar untuk mencetak bahan pengajaran:

a) jumlah printer yang tidak mencukupi;

b) kesesakan makmal kerana ruang digunakan oleh Pembantu Penyelidik.

ii) mengambil perhatian:

a) supaya masalah printer ini dapat dibangkitkan dalam Mesyuarat PPU yang akan datang;

b) terdapat tenaga pengajar yang meminjam LCD dan notebook tetapi wayar serta adaptor notebook tiada apabila memulangkan semula peralatan tersebut;

c) peminjam hendaklah mempastikan semua wayar dan komponan alat bantuan mengajar lengkap semasa dipulangkan.

iii) mencadangkan supaya masalah penempatan Pembantu Penyelidik ini dibincangkan oleh pihak Pengurusan PPU.

iv) bersetuju untuk mencadangkan perkara-perkara berikut:

a) menambah 2 lagi printer di Makmal Komputer;

b) mengkaji kesesuaian mewujudkan satu Kiosk Khas beserta printer di Tingkat 1, Hadapan Surau Lelaki;

c) memberi subsidi printer kepada pensyarah kerana dasar ini telah dilaksanakan sebelum ini;

d) surcaj dikenakan kepada tenaga pengajar yang menghilangkan wayar, adaptor notebook atau komponan-komponan lain yang berkaitan;

e) menghubungi tenaga pengajar untuk memaklumkan mengenai surcaj yang akan dikenakan sekiranya menghilangkan wayar atau adaptor notebook.

Tindakan: Pengerusi JKTM//En. Mohamad Faisal Mohamad


Mesyuarat ditangguhkan jam 4.14 petang dengan bacaan surah al-Asr.

No comments: