Laporan JKTM November 2009
1. Sistem perakam waktu untuk pembantu penyelidik telah bermula dengan menggunakan Sistem e-Warga pelajar Latihan Industri (http://www.ukm.my/praktikal/). Prosedur pendaftaran boleh didapati pada blog Research Focus PPU (http://researchfocusppu.blogspot.com/).
2. JKTM telah mengemukakan 2 cadangan penambahbaikan dalam Sistem Aduan ICT iaitu (1) menambah fungsi carian "afiliasi pengarang" dalam e-Repositori Penerbitan untuk memudah carian penerbitan berdasarkan fakulti atau bahagian, dan (2) mewujudkan sistem perakam waktu untuk pembantu penyelidik yang lebih mesra pengguna di mana maklumat boleh diakses oleh Ketua Projek dengan mudah. Untuk perkara (2), maklumat hanya boleh diakses oleh webmaster untuk sistem yang sedang digunakan sekarang.
3. Mengambil maklum bahawa audit dalaman memantau penggunaan SPIN di kalangan staf akademik, oleh itu penggunaan SPIN hendaklah dipertingkatkan untuk semester-semester yang akan datang.
4. Pensyarah PPU diminta untuk mengisi borang atas talian untuk mengemaskini maklumat tentang kepakaran masing-masing. Borang tersebut boleh didapati di http://webmasterppu.blogspot.com/search/label/Borang%20Maklumat%20Kepakaran
5. Mesyuarat Jawatankluasa Tapak Web Bil 3/2009 akan diadakan pada 18 November 2009, jam 9 pagi di Bilik Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori. PPU akan diwakili oleh webmaster.
No comments:
Post a Comment